-
Pendahuluan
- ABX Express (Malaysia) Sdn Bhd, anak syarikatnya dan/atau bersekutunya termasuk tetapi tidak terhad kepada UTS Logistics Sdn Bhd dan KEX Express (International) Sdn. Bhd. (formerly known as ABX Express (Penang) Sdn. Bhd.) (selepas ini secara kolektifnya dirujuk sebagai “ABX Express”, “kami”atau “kita”) komited untuk mematuhi keperluan undang-undang yang berkaitan dengan privasi data yang terpakai di Malaysia dengan sepenuhnya, iaitu Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Dengan berbuat demikian, kami akan memastikan kakitangan kami mematuhi piawaian keselamatan dan kerahsiaan yang paling ketat berkenaan dengan semua maklumat dan data peribadi yang diserahkan oleh anda kepada kami melalui produk, perkhidmatan dan laman web kami.
- Notis Privasi ini ("Notis") menerangkan bagaimana kami mengumpul, menggunakan, menyimpan, menzahirkan dan mengkongsikan data dan maklumat peribadi anda berkenaan anda dan pilihan-pilihan yang anda boleh buat mengenai cara maklumat anda dikumpulkan, digunakan, disimpankan, dizahirkan dan dikongsikan.
- Notis ini adalah terpakai untuk semua produk, perkhidmatan dan laman web yang tersedia dari KEX Express. Kami amat mengesyorkan anda membaca Notis ini sebelum menggunakan sebarang produk, perkhidmatan dan laman web KEX Express. Dengan menggunakan produk, perkhidmatan dan/atau laman web kami, anda adalah bersetuju dengan terma-terma semasa Notis Privasi ini dan dengan ini memberikan persetujuan dengan penggunaan Data Peribadi anda yang dibekalkan oleh anda kepada kami.
-
Maklumat yang Dikumpul
- Data Peribadi ialah maklumat dan/atau data yang mengenalpasti anda sebagai seorang individu atau sebuah syarikat, seperti nama anda, nombor pengenalan kebangsaan/nombor pendaftaran perniagaan syarikat (BR), tarikh lahir, umur, jantina, kewarganegaraan, alamat surat-menyurat, alamat e-mel, nombor telefon bimbit, nombor akaun kad kredit, nombor akaun bank, pekerjaan, maklumat kewangan dan sebagainya. Sekiranya diperlukan, kami juga mungkin mengumpul maklumat peribadi tambahan lain daripada anda untuk memudahkan transaksi dan/atau untuk mematuhi undang-undang anti-pengubahan wang haram dan/atau undang-undang pencegahan pembiayaan keganasan, undang-undang pencegahan sogokan dan rasuah, peraturan-peratuan lain serta dasar dalaman kami.
- Data Peribadi yang dikumpulkan oleh kami daripada anda adalah sama ada secara sukarela atau wajib. Data peribadi sukarela ialah data yang tidak wajib bagi membolehkan kami untuk membekalkan anda dengan produk dan/atau perkhidmatan kami dan/atau untuk penggunaan laman web kami oleh anda. Jika anda tidak memberikan kami data peribadi secara sukarela, anda masih boleh mendaftar untuk sebahagian produk tertentu dan/atau perkhidmatan tertentu kami dan/atau sebahagian penggunaan laman web kami. Sebaliknya, data peribadi wajib adalah data yang diperlukan oleh kami untuk membekalkan kami dengan produk, perkhidmatan dan/atau untuk penggunaan laman web kami oleh anda. Jika anda tidak memberikan kami data peribadi yang wajib, kami tidak akan dapat membekalkan anda dengan produk, perkhidmatan kami dan/atau untuk penggunaan laman web kami oleh anda. Data peribadi sukarela dan wajib mungkin berbeza untuk setiap perkhidmatan dan produk dan akan ditunjukkan dalam borang permohonan yang relevan.
- Anda adalah tidak berobligasi untuk membekalkan Data Peribadi yang diminta jika anda tidak bersetuju dengan Notis Privasi ini. Walau bagaimanapun, kami mungkin tidak dapat membekalkan produk tertentu dan/atau memberikan perkhidmatan tertentu dan/atau membenarkan penggunaan laman web oleh anda, jika anda gagal berbuat demikian dan KEX Express tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerosakan, kos atau perbelanjaan walau apa pun yang berkaitan dengan penolakan anda dalam memberikan Data Peribadi yang diperlukan untuk kami terus menyediakan produk tertentu kepada anda dan/atau memberikan perkhidmatan tertentu kepada anda dan/atau membenarkan penggunaan laman web oleh anda.
- Perkhidmatan kami direka dan bertujuan untuk digunakan oleh orang dewasa. Kami tidak akan secara sengaja mengumpul sebarang maklumat peribadi daripada atau tentang kanak-kanak di bawah usia 18 tahun atau usia minimum yang dibenarkan di bidang kuasa anda. Jika anda percaya bahawa anak anda telah memberikan maklumat peribadinya kepada kami, sila hubungi kami melalui alamat emel yang disediakan dalam seksyen HUBUNGI KAMI, dan kami akan mengambil langkah-langkah untuk memadam maklumat peribadi tersebut secepat mungkin.
-
Cara Kami Mengumpul Data Peribadi Anda
-
Kami mengumpul Data Peribadi anda dalam beberapa cara, termasuk tetapi tidak terhad kepada :
- apabila anda mendaftar atau menggunakan salah satu daripada banyak produk dan/atau perkhidmatan yang kami bekalkan atau apabila anda mendaftar akaun di laman web kami; dan/atau
- apabila anda menghubungi kami melalui pelbagai kaedah seperti e-mel, surat-menyurat, borang permohonan dan panggilan telefon. Kami mungkin memantau atau merakam panggilan telefon untuk tujuan jaminan kualiti, latihan dan keselamatan; dan/atau
- apabila kami memperoleh sebarang data dan maklumat daripada pihak ketiga, iaitu wakil undang-undang, agensi kawal selia dan penguatkuasaan, agensi rujukan kredit dan sebagainya; dan/atau
- apabila kami memperoleh data peribadi anda daripada penyertaan anda dalam tinjauan pelanggan kami atau apabila anda mendaftar untuk sebarang kursus, seminar, pertandingan atau acara yang dianjurkan oleh KEX Express; dan/atau
- daripada sumber-sumber umum.
- Kami juga mungkin mengumpul maklumat peranti secara automatik apabila anda memasang, mengakses dan menggunakan perkhidmatan kami dan/atau menyemak imbas laman web kami. Ini termasuk maklumat seperti pembawa mudah alih, model peranti mudah alih, sistem operasi, jenis dan versi penyemak imbas, alamat IP, platform peranti (Android/ iOS), platform penyemakan imbas dan sebagainya.
- Kami juga mungkin mengumpul maklumat berkaitan perkhidmatan, diagnostik dan prestasi. Ini termasuk maklumat mengenai aktiviti anda, fail log, diagnostik, ranap sistem, laman web, rujukan url dan log prestasi dan laporan.
-
Kuki (‘Cookies’) :
- Kami menggunakan kuki untuk mengendalikan dan membekalkan perkhidmatan kami, untuk mengingati pilihan anda, seperti pilihan bahasa anda, dan untuk menyesuaikan produk dan/atau perkhidmatan kami untuk anda.
- Kami juga menggunakan kuki untuk membantu kami memastikan akaun anda, data dan produk dan/atau perkhidmatan kami adalah selamat dan terjamin.
- Kami menggunakan kuki untuk memerangi aktiviti yang melanggar polisi kami ataupun yang merendahkan keupayaan kami untuk membekalkan produk dan/atau perkhidmatan kami.
- Kami menggunakan kuki untuk lebih memahami cara orang menggunakan produk dan/atau perkhidmatan kami supaya kami boleh menambah baiknya dan memberikan anda pengalaman terbaik yang mungkin.
- Anda boleh melaraskan tetapan pada penyemak imbas anda supaya anda akan dimaklumkan apabila anda menerima kuki. Sila rujuk kepada dokumentasi penyemak imbas anda untuk menyemak sama ada kuki telah didayakan pada komputer anda atau untuk meminta supaya tidak menerima kuki.
-
Tujuan di mana kami mungkin mengendalikan Data Peribadi anda
-
Untuk membolehkan kami membekalkan produk dan/atau memberikan perkhidmatan dan/atau untuk penggunaan laman web anda, kami mungkin perlu memproses Data Peribadi anda untuk tujuan termasuk yang berikut :
- Memproses permohonan anda bagi produk dan/atau perkhidmatan, melaksanakan transaksi, pembayaran dan melengkapkan arahan atau permintaan.
- Berkomunikasi dengan anda termasuk tetapi tidak terhad kepada pertanyaan anda.
- Menyediakan produk dan/atau perkhidmatan kepada anda.
- Mengurus dan menyelenggara akaun anda dengan KEX Express.
- Tujuan operasi.
- Melaksanakan usaha wajar pelanggan seperti yang dikehendaki oleh undang-undang dan peraturan, jika ada.
- Tujuan pemasaran dan promosi yang disediakan oleh kami dan/atau peniaga kami.
- Tujuan perangkaan.
- Penubuhan, penerusan dan pengurusan akaun anda dengan kami.
- Mengendalikan dan menyiasat aduan dan/atau menyelesaikan pertikaian.
-
Untuk beberapa tujuan berkaitan dengan produk yang anda beli/langgan dan/atau perkhidmatan yang anda minta, kami mempunyai kewajipan undang-undang atau kawal selia untuk memproses data peribadi anda. Tujuan-tujuan tersebut termasuk tetapi tidak terhad kepada :
- Pencegahan, pengesanan, penyiasatan dan/atau pendakwaan jenayah dalam mana-mana bidang kuasa (termasuk, tanpa had, pengubahan wang haram, keganasan, penipuan dan jenayah kewangan lain).
- Pengesahan identiti, pemeriksaan sanksi kerajaan dan semakan usaha wajar.
- Untuk mematuhi undang-undang, peraturan, keperluan pelaporan di bawah perundangan transaksi kewangan, jika ada dan tuntutan daripada mana-mana pihak berkuasa atau pengawal selia.
-
Kepada siapa kami mungkin mendedahkan Data Peribadi
-
Mana-mana KEX Express, termasuk kakitangan, ejen dan penasihat kami, mungkin mendedahkan Data Peribadi anda kepada mana-mana pihak berikut untuk mana-mana tujuan yang dinyatakan di atas :
- Penasihat profesional (termasuk juruaudit), pembekal perkhidmatan pihak ketiga, ejen atau kontraktor bebas yang membekalkan perkhidmatan untuk menyokong perniagaan,laman web dan produk kami.
- Rakan kongsi perniagaan kami yang mungkin membekalkan perkhidmatan kepada anda.
- Pembekal perkhidmatan gerbang pembayaran di mana pendedahan itu berkaitan dengan penggunaan kad.
- Mana-mana mahkamah, tribunal, pengawal selia, agensi penguatkuasaan atau mana-mana pihak berkuasa lain atau ejen mereka.
- Mana-mana pihak berkuasa untuk menjalankan pemeriksaan berkaitan pencegahan pengubahan wang haram, untuk pencegahan penipuan dan pengesanan tujuan jenayah.
- Sesiapa sahaja yang kami anggap perlu untuk menyediakan dan menambah baik perkhidmatan yang kami bekalkan kepada anda.
- Sesiapa sahaja yang munasabah berhubung dengan produk dan/atau perkhidmatan yang kami mungkin bekalkan kepada anda.
- Data peribadi yang dikumpul boleh dipindahkan, disimpan dan diproses di mana-mana negara di mana ABX Express beroperasi. Anda adalah dianggap telah bersetuju untuk, memberikan persetujuan untuk dan memberi kuasa kepada kami untuk mendedahkan dan/atau memindahkan Data Peribadi anda di bawah keadaan yang dinyatakan di atas, tanpa pemberitahuan lanjut kepada anda.
-
Pembetulan Maklumat Anda
- Kami komited untuk memastikan Data Peribadi yang kami pegang tentang anda adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini. Jika terdapat sebarang perubahan pada data peribadi anda atau jika anda percaya bahawa data peribadi yang kami ada tentang anda adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau bukan yang terkini, anda boleh membetulkan kesilapan fakta dalam maklumat peribadi anda yang telah kami kumpulkan dengan menghantar kepada kami permintaan yang menunjukkan kesilapan tersebut dengan sewajarnya.
- Untuk melindungi privasi dan keselamatan anda, kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk mengesahkan identiti anda sebelum membuat pembetulan. Kami berhak untuk mengenakan bayaran yang berpatutan kepada anda jika anda meminta akses kepada data anda.
- Data Peribadi anda akan disimpan oleh kami sehingga tidak diperlukan lagi untuk membekalkan produk dan/atau perkhidmatan kami atau akaun anda telah dipadamkan, yang mana terkemudian. Ini adalah penentuan kes demi kes bergantung pada jenis Data Peribadi dan/atau pematuhan undang-undang yang diperlukan oleh KEX Express menurut undang-undang berkaitan yang terpakai kepada negara perkhidmatan.
-
Keselamatan
- Data peribadi boleh dipindahkan ke, atau disimpan di, lokasi di luar negara tempat tinggal anda, yang mungkin tidak mempunyai undang-undang perlindungan data. Keselamatan data peribadi anda adalah penting bagi kami. Kami mempunyai langkah keselamatan teknikal dan organisasi untuk melindungi data peribadi anda. Apabila menggunakan pembekal-pembekal perkhidmatan luaran, kami mengkehendaki mereka mematuhi standard keselamatan yang ditetapkan oleh KEX Express. Kami mungkin melaksanakan perkara ini melalui peruntukan di dalam kontrak. Tidak kira di mana data peribadi dipindahkan, kami mengambil semua langkah yang semunasabahnya perlu bagi memastikan data peribadi disimpan dengan baik.
- Walau bagaimanapun, anda harus sedar bahawa kaedah penghantaran melalui Internet atau kaedah storan elektronik adalah bukan 100% selamat. Oleh itu, semasa kami berusaha untuk melindungi data peribadi anda daripada semua kemungkinan akses tanpa kebenaran, kami tidak dapat menjamin keselamatan mutlaknya.
- Anda harus melindungi kata laluan unik anda, jika ada, dengan menyimpannya secara rahsia dan sulit dan jangan sekali-kali berkongsi butiran ini dengan sesiapa pun.
- Kami mungkin menggunakan penyedia perkhidmatan gerbang pembayaran pihak ketiga untuk memudahkan transaksi elektronik, jika perlu. Anda hendaklah mengambil perhatian tentang notis privasi yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan gerbang pembayaran pihak ketiga sebelum menyelesaikan transaksi anda. Memandangkan penyemak imbas web dan gerbang pembayaran pihak ketiga tidak berada dalam kawalan KEX Express, KEX Express tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerosakan, kos dan perbelanjaan yang timbul daripada penggunaan pelayar web anda dan/atau gerbang pembayaran pihak ketiga.
-
Hubungi kami
-
Semua permintaan berkenaan pembetulan maklumat peribadi anda seharusnya dibuat secara bertulis kepada :
Khidmat Pelanggan
ABX Express (Malaysia) Sdn Bhd
Lot 651, 1st Floor, Jalan Subang 1
Taman Perindustrian Sg Penaga
47600 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan
Tel : +603-80843111
Emel : [email protected]
- Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Notis ini, sila e-mel kami di [email protected].
-
Perubahan kepada Polisi ini
- Kami merizabkan hak untuk mengemas kini, menyemak, mengubah, mengubah suai, memadam dan/atau meminda Notis ini pada bila-bila masa yang kami anggap perlu. Kami akan memaklumkan anda jika kami membuat sebarang perubahan kepada Notis Privasi ini dan memberikan anda peluang untuk menyemak Notis Privasi yang telah dipinda sebelum anda memilih untuk terus menggunakan produk, perkhidmatan dan/atau laman web kami. Sesalinan Notis Privasi terkini yang dipinda akan disiarkan di laman web kami di https://my.kex-express.com/ dan/atau tempat-tempat lain sebagaimana yang kami anggap sesuai.
- Dikemaskini pada 17 Oktober 2024 -